ValenciaGP 2018 : Hafizh Syahrin gunakan peluang untuk mempelajari trek!!

Hafizh Syahrin gunakan peluang untuk mempelajari trek!!

ValenciaGP 2018 – hari pertama sesi Free practice siri ValenciaGP 2018 diadakan dalam hujan lebat di Litar Ricardo Tormo di Valencia. Hafizh Syahrin menggunakan peluang di hari pertama ini untuk mempelajari trek, dan mendapatkan perasaan yang lebih selesa dalam keadaan litar basah.

Dalam sesi FP1, hafizh Syahrin mendapat keputusan yang tidak memuaskan, El Pescao hanya mendapat kedudukan ke-24, dari 25 pelumba.

Sesi FP2 diadakan dalam keadaan yang lebih teruk daripada FP1, Anak muda Malaysia itu berjaya memperbaiki masa pusingannya dan mendapat banyak pengalaman di Yamaha YZR-M1.

dalam sesi FP2, Hafizh Syahrin berjaya mendapat kedudukan ke-14, manakala pesaing utamanya, franco morbidelli berada pada kedudukan ke-18.
hanya Hafizh Syahrin dan Scott Redding (Aprilia) yang berjaya memperbaiki catatan masa mereka di sesi ‘Free Practice 2’.

  hafizh syahrin RASMI bersama KTM TECH3, inilah senarai headline media asing mengenai hafizh syahrin.

“Saya berasa amat baik dalam sesi kedua”
“Dalam FP1 saya memandu dalam keadaan basah dengan Yamaha saya buat kali kedua selepas Kelayakan Sepang,”
“jadi saya terbiasa dengan perasaan ini” kata hafizh syahrin

“dalam FP2, saya berasa agak baik dan saya fikir kami semakin meningkat dengan tetapan motosikal.”
“kami mempunyai peluang untuk pergi lebih cepat.”
“saya mempunyai sensasi yang baik sekarang. Saya pasti kami boleh mengambil satu langkah ke hadapan pada hari Sabtu.”

“Saya cuba terus bekerja keras dengan pasukan, kerana ini bukan tugas mudah untuk memandu sebagai pemula,”
“tetapi saya cuba untuk belajar seberapa banyak yang mungkin, untuk mengumpul pengalaman, untuk mendapat data dan untuk memperbaiki rekod masa”.
“Kita akan lihat apa yang akan berlaku esok.”  Kata hafizh syahrin dipetik dari laman web rasmi monster yamaha tech3.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *