TOP 10, El pescao kembali menggila!!!

El pescao kembali menggila!!!

Rider pasukan Monster Yamaha Tech3, Hafizh Syahrin menunjukkan aksi yang amat menakjubkan pada perlumbaan #japaneseGP di litar twin ring motegi – japan.

bermula dari baris keenam petak ke-16, hafizh melakukan start yang buruk, merosot dua tingkat ke kedudukan ke-18 pada pusingan pertama.

disinilah perjuangan hafizh bermula.

hafizh mula mengejar, elpescao menggila dan berjaya memintas satu demi satu rider di hadapannya.

pada lap ke-3, syahrin berjaya memintas scott redding, kini di hadapannya ada morbidelli, pertempuran antara Rookie tidak dapat dielakkan.

hafizh terus mengejar, tetapi pada lap ke-9 morbidelli berjaya mengatasi Pol Espargaro di depannya, dan pertempuran antara Rookie berhenti sementara.

  Hafizh mahu Rider Malaysia pergi ke peringkat antarabangsa

selepas satu pusingan, hafizh berjaya melewati Pol Espargaro, hafizh kembali mengejar morbidelli.

Pertarungan antara Hafiz dan Morbidelli berlaku sekali lagi, kali ini ia sangat sengit selama 3 pusingan, dan akhirnya Hafizh mampu mengatasi morbidelli.

tidak puas hati memintas morbidelli, hafizh terus meluncur dan kali ini sasarannya adalah smith! Perjuangan selama 6 pusingan menentang Smith sekali lagi dimenangi oleh Hafizh.

selepas pertarungan sengit dan hadiah 3 kedudukan dari rider crash ( Jack miller, Iannone , dan Dovizioso )

pada akhirnya hafizh berjaya menamatkan perlumbaan dengan kedudukan 10 teratas!!! dan menjadi rookie terbaik pada #japaneseGP,

Hafizh Syahrin TOP 10!!

“Saya sangat gembira berada di peringkat 10 teratas. ini adalah yang saya selalu inginkan dan sekarang kita berada di dalam 10 teratas buat kali kedua”

“Terima kasih banyak kepada seluruh pasukan, kerana mereka membuat kerja yang baik. Kami sentiasa berusaha keras untuk menjadi kuat dalam perlumbaan”.

“Terima kasih juga kepada semua orang yang menyokong saya dan terutama keluarga saya, yang datang ke sini”. kata hafizh dikutip dari laman web monster yamaha tech3.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *