Poncharal bangga dengan Pencapaian Hafizh dan Zarco di malaysianGP

Poncharal bangga dengan Pencapaian Hafizh dan Zarco di malaysianGP

Bos pasukan Monster 3 Tech, Herve Poncharal berbangga dengan pencapaian Johann Zarco dan Hafizh Syahrin dalam siri ke-18 yang berlangsung di Sepang International Sircuit – malaysianGP.

“Sangat luar biasa perlumbaan di Sepang kali ini. Saya fikir Race Direction telah membuat keputusan yang baik untuk memajukan jadual perlumbaan dua jam lebih awal, “kata Poncharal.

  Farewell Race tech 3 - Yamaha, syahrin mahukan keputusan Fantastic!!

“Cuaca hari ini sangat cerah dan perlumbaan sangat menarik dan saya amat bangga dengan keputusan yang dicapai oleh Rider kami
perlumbaan di Valencia akan menjadi sangat mencabar untuk kami, ” tambah Poncharal.

Poncharal mengakui bahawa dia kecewa dengan keputusan Kelayakan yang dicapai oleh Syahrin. Terutamanya di Malaysia, di negara sendiri.

“Saya cuba memotivasi ( syahrin ) pagi sebelum perlumbaan bermula,” 
“Saya tidak tahu bahawa motivasi itu mempunyai pengaruh terhadap penampilannya yang luar biasa.”
“Saya fikir Syahrin melakukan salah satu permulaan terbaik yang saya saksikan” jelas Poncharal.

“Syahrin akhirnya mampu mengakhiri MalaysianGP pada barisan Top 10 dan keputusan ini seperti mimpi untuk kami dan sudah tentu ia membuat saya gembira.”
“Hafizh Syahrin bukan sahaja Rider yang luar biasa, tetapi juga menjadi ambassador Malaysia terbaik di arena MotoGP,” ungkap Poncharal bangga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *